Saturday, February 19, 2011

pilih aku untuk ikhlas

aslmkm ya uhti.. dh agak lama mimi tak post pape kan? busy sikit.. di kesempatan yang ada ni, mimi nak bincang mengenai tajuk di atas.. "PILIH AKU UNTUK IKHLAS ".. hurmmm.. apa saja perkara yang kita nak buat, mesti ada keikhlasan.. ikhlaskan saja hati. pasti bahagia dan rahmat Allah ada..


orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. itulah kata2 yang jika dihayati mengundang makna yang bergitu besar kepada diri kita.. di mana kita? adakah mata kita masih melihat kejahatan orang lain? adakah telinga kita masih suka mendengar cerita2 buruk tentang orang lain dan  mulut kita masih gemar menuturkan kejahatan orang lain? jika semua ini masih wujud dalam diri, usahlah anggap kita sudah cukup melakukan kebaikan!!


jika kita melakukan kebaikan sekalipun, usahlah merasa diri kita hebat dan mendambakan sanjungan kerana ia hanya akn mengundang riak. jika ibadat kita melebihi orang lain, usah berbangga dengan diri kerana ia hnya akan mengundang ujub, sukar dikesan dan dirawat..


bukan mudah untuk ikhlas.. makin dicari makin misteri.. lakukanlah semua perkara krana Allah....itulah yang dinamakan ikhlas..


adakah kita ikhlas?? tanya lah pada hati dan jawapannya pasti kita temui....

wassalam....


No comments:

Post a Comment