Saturday, July 30, 2011

surat buat kekasih.. (bahagian 10)

assalamualaikum..

awak.. saya harao awak sihat2 jer.. walaupun saya tak hubungi awak.. saya nak awak tahu yang saya sentiasa harapkan yang terbaik untuk awak..

walaupun bila awak hubungi saya jarang2.. saya tetap tunggu awak hubungi saya setiap hari.. 

walaupun bila awak hubungi saya kadang2 saya macam merajuk jer dengan awak.. sebenarnya saya cuma rindukan awak.. saya cuma nak awak rasa yang saya betul2 rindukan awak.. tapi saya geram sebab awak dah lama tak hubungi saya..

walaupun awak sibuk memanjang.. saya selalu jer nak dengar suara awak.. teruknya saya ni.. maafkan saya awak.. saya cuma nak awak ada masa dengan saya sekejap jer..

walaupun awak jarang online fb & chating dengan saya.. saya tahu awak kerap buka wall fb saya.. saya tau yang awak pun rindukan saya...

walaupun awak selalu tegur perangai saya.. saya tak kesah.. yang saya kesah bila cara awak tegur tu tak kena gaya.. bila saya menangis, awak cakap saya macam budak2.. huhuhuhu... sekurang-kurangnya.. awak pujuk la saya dulu.. 

walaupun saya ni rendah.. awak selalu pandang tinggi sangat pada saya.. bila saya tegur awa mula la merajuk.. awak mula la nak rendahkan diri awak yang sedia ada tinggi tu.. awak ni kan... geram tau...

walaupun kadang2 saya marah2 awak.. saya nak awak tahu yang saya ambil berat pasal awak.. cuma saya tak tahu macam mana nak tafsirkan rasa tu pada awak.. kalau saya tanya elok2 awak bukan nak jawab sangat pun.. eeeee... geram sangat tau kat awak..

awak.... walaupun hari tu saya memang marah awak... tapi sekarang saya dah tak marah awak.. saya rindukan awk.. huhu.. tapi awak terus jer diam. tak hubungi saya lagi.. awak...awak... bila la awak nak berubah ye... sabar je la... 

awak.. walaupun saya boleh terima awak seadanya.. saya tahu belum tenu awak boleh terima saya seadanya.. tapi saya tak kesah.. selagi ada masa.. selagi tu manusaia boleh berubah.. 

papai awak.. saya nak sambung merajuk saya sampai awak hubungi & pujuk saya lagi..

assalamualaikum

 

kursus pembinaan laman web.. ek??

aslamkm suma... ai... heheheheh.. kali ni punya entry tak ada pe sangat sebab mimi curi2 post entry masa mimi tengah dalam kelas untuk kursus pembinaan laman web.. huhuh... bukan apa.. mimi nak kawan2 tau betapa boringnya mimi kta sini.. huhuh... laju sangat la beliau mengajar.. as the tourism student.. mimi bukannye pandai sangat pasal IT ni.. huhuh.. merangkak-rangkak.. huhuhu.. kursus ni interesting but the way they handle it,... huhuhuh... opss.... apalah mimi ni.. dah orang hantar pegi belajar free pon nak beleter ag.. huhuh.. sekarang internet tengah down kot.. sebab tu kami suma tak boleh sambung buat web tu... entah la.. mimi tak berapa dengar apa yang pengajar tu ajar. mimi duduk di belakang... nak tengok slid pon mimi tak nampak.. tunggu la mimi pakai mata lagi 2 nanti.. baru clear.. hehehe... suara pengajar ni pula.. aduyai... sayu kedengaran.. hehehhe... takpe2.. sabar.... oleh hal yang demikian.. mimi nak upload pic mimi.. (ait...ada kena mengena ke dengan tajuk entry mimi kali ni? hehehe.. hentam sajalah labu...)


pic ni masa mimi melancong ke kelantan.. awal tahun 2011 (istana jahar)


pic ni masa mimi dengan kawan2 kelas mimi jalan2 di kuala perlis.. baru2 ni jer 


pic ni pula masa mimi tengah praktikal di TH Travel Butterworth.. masa operasi haji di Taha Dmutiara. (hotel milik tabung haji.. cantik tau hotel tu..)

hehehhe... ni suma pic yang mimi edit sendiri.. hehehe.. guna picasa jer.. mimi tak pandai guna yang lain2 tu (actually mimi tak ada software lain.. agagagag,.. opsss... malu) ok lah.. papai.. tc u all.. kalau Allah masih beri mimi nyawa yang panjang & kesempatan untuk post entry yang baru.. insyaAllah.. i will.. papai.. ilalliqo'

Friday, July 29, 2011

Cara2 nak lupakan masalah..

aslamkm.. suma.. petang yang tak bez ni mimi nak share tentang cara2 nak lupakan masalah.. mimi nak letak entry yang best2 mimi x boleh.. mimi x berapa sihat & busy.. maaf yer.. ni petua ni mimi suka amalkan.. kalau ada petua yang lebih berkesan leave ur comment ok?


  1.  lepas solat.. duduk la atas sejadah tu.. muhasabah diri.. diam.. time tu kalau nak menangis.. menangis la.. biarla.. menangis depan tuhan.. mengadu la pada yang berkuasa. kalau kita sendiri tak ada masa nak mengadu pada Allah macam mana masalah nak masalah dengan pertolongan Allah..
  2. baca yassin... elok amalkan.. hati akan tenang..
  3. cuba sibuk an diri dengan keja2 kita.. study.. buat assignment, buat nota... cari maklumat, surf internet.. (apa2 jer yang boleh gembirakan hati kita.. buat apa yang kita suka)
  4. menyanyi.. hehehehe... bila ada masalah mimi suka dengar lagu.. tutup telinga & hayati lirik lagu tu betul2.. masalah pun boleh lupa bila kita fokus untuk buat sesuatu..
  5. tengok movie.. tengok tv.. tengok maharaja lawak.. hehehehe... kartun ke.. mimi suka tengok kartun..
  6. buat tak tau jer... 
ok.. hehehehhe.... yang penting ingat Allah akan selalu ada dengan kita.. itu jer.. ok lah... papai.. aslmkm


comel an bee ni.. huhuhu.... senyum =)

Tuesday, July 26, 2011

tips2 untuk pelajar

aslmkm... hai suma.. alhamdulillah hari ni, mimi masih lagi diberi kesempatan untuk hidup.. hari ni kelas mimi cancel.. so, adalah peluang untuk mimi share something dengan kawan2..  tips ni sebenarnya mimi dapat daripada cikgu mimi masa mimi sekolah menengah & dah jadi amalan mimi.. & alhamdulillah.. berkesan juga tips ni.. 

MENGUATKAN DAYA INGATAN

  • mestila jaga pemakanan.. jangan amalkan makan kepala ikan dan makanan @ minuman yang dilewati oleh semut.. sebab mengikut kajian.. semut mempunyai 1 bahan kimia yang boleh membuatkan kita jadi tak pandai atau dalam erti kata lainnya, susah nak terima ilmu yang dipelajari..
  • elakkan daripada melihat kemaluan. (terutamanya berlainan jantina) pandai2 la kawan uruskan ek..  ustazah mimi cakap dulu, sekali kita tengok kemaluan, kita punya daya ingatan akan asyik teringatkan benda tu aje.. oleh itu, pada sesiapa yang selalu tengok tu.. sudah2 la ok.. selain daripada dapat daya ingatan yang lemah, benda tu kan berdosa.. sama2 lah kita hindari ye..
  • elakkan daripada melihat najis.. tak kira najis tu terdiri daripada najis dari kita sendiri seperti air kencing atau najis yang dot..dot..dot... tu... tak perlu la mimi cakap kan.. semua mesti paham najis apa yang mimi maksud kan..
  • beri tumpuan di dalam kelas.. tahukah kawan2 bila kita bertanya kepada guru, kita akan mudah untuk mengingati dan kita juga akan dapat pahala.. sebab, bila kita bertanya,.. guru/ penyarah akan menjawab persoalan tersebut, sekali gus.. semua rakan2 di dalam kelas akan dapat berkongsi ilmu.. belajar tu kan dapat pahala.. orang lain dapat belajar @ imput dari jawapan kepada soalan kita tu kita dah dapat pahala tau..
(hehehe... ni binatang.. tak kan mimi nak letak yang manusia punya.. confirm mimi tak buka blog mimi dh..) 
  • belajar untuk faham bukan untuk hafal... haaaa... ini 1 masalah juga nih.. sebab ramai pelajar2 sekarang yang hanya belajar untuk final exam @ ujian, test & sebagainya.. ilmu yang dihafal tidak akan memberi manfaat kepada kita.. melainkan ilmu yang di fahami dan di amalkan.. walaupun subjek tersebut merupakan fakta.. cuba belajar untuk fahami apa yang dinyatakan.. insyaAllah.. kalau kita ikhlas nak belajar.. Allah akan mudahkan kita untuk mengingati. kalau kawan2 perasan kan.. bila habis jer guru/pensyarah mengajar, apa yang mereka akan tanya? '' faham ke tidak?'' @ "ada apa2 yang tak faham ke?"  maknanya di sini, pemahaman itu lebih penting dari menghafal..jangan la pula kita buat2 pandai.. tak tahu tak nak tanya... malu bertanya sesat jalan... kalau faham, insyaAllah lagi mudah untuk kita nak ingat. lain la kalau guru/pensyarah tanya.. "dah hafal ke apa yang saya ajar ni? " @ " tak faham xpe.. jangan tanya.. balik hafal la" ada tak mereka cakap macam tu? hehehehe.. agak pelik la kalau mereka tanya macam tu setiap kali habis mengajar..
  • belajar dalam suasana yang sesuai.. maksud mimi.. elakkan daripada belajar jika badan penat @ mengantuk.. seelok-eloknya.. dapatkan rehat dahulu.. waktu nak belajar pun pilih la ikut keselesaan kita.. tapi... harus di ingatkan.. elakkan daripada "study last minute".. 
  • nak seribu daya.. tak mahu seribu dalih.. setiap orang boleh berubah menjadi lebih baik.. tetapi semuanya bergantung kepada keazaman diri kita sendiri.. segalanya terletak dalam diri kita sendiri.. 

ok lah... buat masa ni.. mimi share  tips ni dulu ok.. lain hari kalau ada kesempatan insyaAllah mimi akan share lagi tips2 yang boleh di amalkan.. kalau tips ni tak boleh di ikuti oleh kawan2 mimi minta maaf.. tapi ini lah cara mimi.. & alhamdulillah.. sekarang mimi bersyukur seadanya.. kalau ada tips yang lebih baik.. kongsi la dengan mimi.. leave a comment ok.. papai.. Aslmkm.. ilalliqa'......(jawab la.. ma'alsalamah) (^__^)

Monday, July 25, 2011

kemanisan ibadah

bagi setiap muslim yang melihat kepada kecantikan seorang wanita lalu dia segera mengalihkan pandangan (ke tempat lain) Allah akan menimbulkan suatu ibadat yang akan dirasakan kemanisan dalam hatinya..

- riwayat imam ahmad & ath-thabrani-

Friday, July 22, 2011

bila mimi membaca... =)

aslmk suma... mimi nak share sesuatu ni ngan kawan2... hari tu masa kelas cancel mimi & group mimi ambil keputusan untuk lepak je kat library.. nak balik kamsis jauh... nak di pendekkan cerita masa kat dalam tu.. masa mimi tengah pilih2 bahan bacaan yang menarik untuk dibaca.. mimi terpandang sebuah buku kecik ni...tajuk dy tentang cinta... waaa..... tengok kulit dia mamcam tak best.. tapi bila mimi buka dalamnya... waaa.... ada kartun2.. best ni... lepas tu apa lagi... mimi pun terus ambil tempat duduk & mula membaca... banyak infomasi.. dia banyak menyentuh tentang cinta zaman sekarang... dulu memang mimi ni tak tahu nak buat keputusan.. tapi sekarang lepas baca buku tu.. Alhamdulillah.. mimi rasa mimi dah ok sikit.. tau tak kenapa? sebab dalam buku tu.. pengarang dia tulis :

  • TENTANG CINTA : bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri.
  • UKURAN CINTA DAN BENCI : cintailah sesuatu itu sekadar sahaja. berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. bencilah yang engkau benci itu pada sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaan mu pada satu ketika.
jadi... tak payah la susah2 fikir pasal hati ni... sebab dalam buku tu juga ada cakap.. cinta itu susah untuk dikekalkan sekiranya kita belum bersedia untuk mencintai diri sendiri... hurmmmmm... mamcam mana tu ek... nanti la... bagi mimi kaji dulu... hehehhe.... banyak lagi yang mimi dapat.. tapi untuk sekarang ni .. mimi share yang ni dulu la k.. nanti kita share lagi.. 


Thursday, July 21, 2011

surat buat kekasih...(terima kasih awak)

aslmkm.. awak...

terima kasih sebab tinggalkan saya... awak dah pelihara saya dari hanyut dari zina dan maksiat.. jauh dari dosa yang tak sepatutnya berlaku..

 terima kasih kerana pelihara saya dari di buai hawa nafsu yang boleh membawa kepada ketelanjuran..

 terima kasih awak.. terima kasih kerana pelihara keselamatan saya..

terima kasih kerana awak nak menjaga maruah saya..

 terima kasih juga kerana tak biarkan fitrah menjadi fitnah.. mencintai seseorang merupakan fitrah setiap insan, tapi ia akan menjadi fitnah jika tidak disalurkan kepada saluran yang betul.

terima kasih sebab awak cepat tersedar... awak cuba sentuh tangan saya... tapi terima kasih sebab tak kasari tangan saya dari dosa menentuh sesuatu yang haram bagi awak..

terima kasih sebab awak tak buat saya rindu awak.. saya tahu awak cuba sedaya upaya awak untuk buat saya benci awak.. barulah awak senang untuk tinggalkan saya..

terima kasih awak,.. awak pernah ubah haluan hidup saya.. awak dah kenalkan saya dengan jalan yang selama ini saya cari..

terima kasih awak sebab awak tak tinggalkan saya sendirian.. awak bekalkan saya dengan sebaris doa...

terima kasih sebab tipu saya.. mungkin awak cakap.. awak tak tipu... tapi awak ajar saya bahawa jangan mudah percaya dengan kata2 lelaki.. awak ajar yang lelaki murah dengan janji2 tapi belum pasti mereka akan tunaikan..

terima kasih awak..saya tak marah awak.. jauh sekali berdendam..saya maafkan semua salah awak.. siapalah saya untuk tidak memaafkan awak.. sedangkan Allah memaafkan hambanya walaupun hambanya melakukan dosa seluas 7 lautan.. Cuma... saya rasa sedih sebab tak sempat nak ajarkan awak macam mana bersikap terus terang dan menjaga hati orang lain.. saya Cuma ajarkan awak supaya memaafkan orang setiap hari sebelum nak tidur.. saya Cuma ajar awak untuk minta maaf.. sebab tu masa awak melangkah pergi awak Cuma cakap minta maaf dan bagi amaran supaya jangan cari awak lagi.. Alhamdulillah saya dah didakap erat oleh nikmat kesabaran Allah, penuh kasih sayang dari rahmad Allah.tangis saya dah kering dalam gemgaman redha.  saya tak nak cakap pape lagi... Cuma nak ucapkan terima kasih banyak2.. 


Wednesday, July 20, 2011

petang yang boring... huhuh

aslmkm... sowi ye semua reader..

. huhuh... hari ni, mimi terlampau boring.. iye la.. kelas tetiba jer cancel..beznya cdey nye (cessss.... hipokrit.. seronok jer sental tido pagi tadi.. agagagagag) heheheh... petang ni dalam planning mimi nak kena siapkan layout untuk projek galeri group mimi.l. entah napa la tak reti2 lagi nak buat.. huhu... im not in the mood acctually.. so, mimi meneruskan hobi sambilan mimi iaitu merapu di blog sendiri.. biar la.. tak ganggu orang pon. final sem ni memang mimi busy sangat.. so, sowi yer kepada reader yang tunggu post "surat buat kekasih".. mimi tak tau lagi nak tulis apa.. macam tak ada perasaan jer la ni.. agagagag....tak tau kenapa.. mungkin buat masa sekarang Allah nak mimi fokus pada pelajaran.. tambah2 sem ni kena buat final projek.. yang dah sepelusuk kampus tau yang benda ni memang memerlukan tenaga, wang ringgit, & otak untuk diperah.. huhuhu... tragis kan.. tak pe.. tak lama lagi habis la... lepas ni.. mimi tak pasti lagi samada nak terus sambung study @ tak.. sebab mimi kena fikir juga.. mana nak cari duit untuk sambung belajar? huhuh... tapi... hati mimi nak sangat.. iye la... mimi nak jadi macam arwah ayah mimi.. jadi seorang pendidik. mimi nak kejar banyak impian mimi... tapi kekangan itu semua berpunca daripada masalah kewangan... tak apa... biar kita miskin harta.. tapi jangan sampai miskin budi bahasa.. ilmu tu, still boleh kejar.. selagi ada usaha kan? huhuhuhu... aduyai.... apsal la petang2 ni mimi dok ceramah motivasi ni? huhu... tak bez langsung.. biarla.. asalkan mimi boleh memotivasikan diri mimi juga.. gagagaga.... mimi tak kesa... orang buat apa pun kat mimi, mimi buat tak tahu jer..(tapi dorang tak tau dalam hati mimi betapa bengang nyer) heheheh.... astafirullahhalazim.... kadang2 sabar tu ada gak hadnya.. kawan2 mimi semua dah sedia maklum,.. kalau mimi tak cakap tak apa.. kalau mimi cakap nanti boleh habuan la.. (boleh habuan tu maksudnya. terinsaf terus la beliau yang mengata kat mimi @ dalam erti kata lain, beliau itu akan sedar kesalahan yang beliau lakukan) heheheh.... 

oklah kawan2.. mimi nak call beliau yang mimi rindui lak.. rindu bebenor nak mendengar suara beliau yang suka berleter ni... ( beliau yang mimi maksudkan di perenggan baru ini tidak ada kena mengena dengan beliau yang mimi nyatakan di atas.. )  beliau ni my mom la... huhuhuh.... nak minta beliau beleter supaya mimi rajin & ada semangat nak buat keja.. huhuhu...ok lah... tc u all.... t kalau mimi ada masa sikit2 mimi tulis ag k... c u.. papai... aslmkm...



Monday, July 18, 2011

syaaban ya syaaban

rejab bulan menabur benih,
syaaban bulan menyiram tanaman,
ramadhan bulan menuai hasil..

rejab menyucikan badan,
syaaban menyucikan hatinya,
ramadhan menyucikan rohnya..

rejab bulan menghfirah (keampunan)
syaaban bulan syafaat
ramadhan menggandakan kebajikan..

rejab diganda 70 pahala
syaaban  diganda 700 pahala,
ramadhan diganda 7000 pahala..

rejab bulan taubat,
syaaban bulan muhibbah,
ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah..



aslmkm semua.. kali ni mimi nak cerita tentnag bulan syaaban memandangkan nisfu syaaban baru jer kita nikmati hari sabtu yang lepas.. mimi pun mula2 tak ingat tapi alhamdulillah mak mimi ingatkan..mimi tanya mak macam2 pasal nisfu syaaban.. mak beri mimi sebuah buku tajuknya fazilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan.. pengarangnya mimi tak ingat la.. sory ye.. heheheh.. nanti kalau mimi balik cuti kat rumah mimi tengok ye...  mimi tertarik dengan apa yang ditulis didalam buku tu.. mimi rasa kita patut kongsi sama2 ilmu ni.. baru la ada keberkatan..dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa :

  • barangsiapa yang berpuasa di bulan syaaban, Allah haramkan api neraka dari tubuhnya.
  • akan menjadi taulan nabi yusuf A.S di syurga
  • diberi pahala seperti nabi ayub & nabi daud
  • barangsiapa yang berpuasa penuh dibulan syaaban, Allah akan permudahkan sarakartulmaut baginya & terlepas dari huru hara mungkar dan nakir . ditutup keaibannya di hari akhirat dan di wajibkan syurga keatasnya.
  • barangsiapa yang berpuasa pada awal hari khamis pada bulan syaaban dan khamis di akhir bulan syaaban, di akan ditempatkan di syurga.
haa.... hebatkan fazilat bulan syaaban... rugi sapa yang tak manfaatkannya.. ada lagi... sabda rasullulah s.a.w : syaaban dalah bulanku, ramadhan adalah bulan umatku, syaaban ialah bulan mengkifarahkan (menghapuskan) dosa& ramadhan mensucikan dosa (jasmani/rohani).

selain daripada tu, pada bulan syaaban juga Allah buka 300 pintu rahmat dan mengampunkan dosa semua hambanya kecuali dosa dari enam golongan 
  1. orang yang kekal minum arak
  2. orang yang derhaka pada kedua ibu bapanya
  3. orang yang kekal dalam zina
  4. orang yang banyak berkelahi
  5. orang yang menjalankan urusniaga dengan sumpah dan dusta
  6. orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi..
Allah juga mengampunkan semua hambanya kecuali orang yang suka akan zina dan orang yang berdendam kepada saudaranya.. sama2 lah kita kembali ke jalan yang di redhai Allah.. tak semestinya jika kita pernah buat kesalahan, kita dah tak ada jalan untuk kembali.. Allah dah kurniakan pintu taubat kepada kita.. bertaubat sebelum terlambat. insaf dengan apa yang pernah di lakukan .. dan bina hidup baru. tentang tanggapan orang lain,.. manusia hanya tau berkata malah ada yang mencemuh jika seseorang itu kembali ke pangkal jalan.. yang penting hati kita ikhlas.. Allah akan sentiasa disisi kita.. doa itu adalah senjata bagi kita.. sabar itu kunci kekuatan.. sama2 kita perbaiki.. insyaAllah... itu aje kot kali ni... insyaAllah untuk post yang akan datang mimi akan cari maklumat tentang kelebihan solat terawih. boleh kita sama2 kongsi ilmu lagi.. ok lah.. daaa..... aslmkm..


Wednesday, July 13, 2011

serabutnya kepala ni...

aslmkm...

hurmmm... mimi tension sikit la sekarang ni... serabutnya otak....gerrrrrrrrrrrrrrrrrrr (sambil mengusutkan rambut) huhuhu... buat yang itu tak kena.. buat yang ini tak kena... makan tak lalu.. minum tak banyak... adessss... apa ni?? ya Allah... tak tau la... kenapa boleh jadi macam ni pon mimi tak tau.. apa masalah mimi pon mimi tak pasti... huhuhuh.... ok lah... nak tido.. esok ada kelas lagi.. bertambah-tambah la serabot mimi.. huhuhuhu... makkkkk... mimi rindu kt mak..

Monday, July 11, 2011

kisah hati...



cinta tak semestinya memiliki... lagi bahagia jika kita lihat orang yang kita sayang bahagia... betol tak? kalau jadi milik kita pun tapi tak bahagia.. sia2 jer... ingat.. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.. yang penting sabar....

Sunday, July 10, 2011

hatiku milikmu.....


aslmkm... ni lagi 1 lagu yang mimi suka gak la... cuba tepuk dada tanya hati.... miliksiapa ek hati ni? (^__^)  peruntukkan hati kita hanya untuk orang yang benar2 layak jer.. pada tempat yang tak akan menyakiti hati kita atau kecewakan kita... ok? hehehe... tak ada cinta seindah cinta pada tuhan kita.. tak ada manis nya bercinta kecuali bersama brcinta dengan agama kita....

beribu sesalan



lagu ni best kan.. kali pertama dengar.. waa... macam terpaku pulak.. tapi sebagai umat islam.. kita tak boleh la menyesal dengan apa yang kita buat.. percaya bahawa Allah maha adil & ada hikmah di sebalik suma tu... so kawan2... selamat mendengar,.. heheheh....