Monday, July 18, 2011

syaaban ya syaaban

rejab bulan menabur benih,
syaaban bulan menyiram tanaman,
ramadhan bulan menuai hasil..

rejab menyucikan badan,
syaaban menyucikan hatinya,
ramadhan menyucikan rohnya..

rejab bulan menghfirah (keampunan)
syaaban bulan syafaat
ramadhan menggandakan kebajikan..

rejab diganda 70 pahala
syaaban  diganda 700 pahala,
ramadhan diganda 7000 pahala..

rejab bulan taubat,
syaaban bulan muhibbah,
ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah..



aslmkm semua.. kali ni mimi nak cerita tentnag bulan syaaban memandangkan nisfu syaaban baru jer kita nikmati hari sabtu yang lepas.. mimi pun mula2 tak ingat tapi alhamdulillah mak mimi ingatkan..mimi tanya mak macam2 pasal nisfu syaaban.. mak beri mimi sebuah buku tajuknya fazilat bulan rejab, syaaban dan ramadhan.. pengarangnya mimi tak ingat la.. sory ye.. heheheh.. nanti kalau mimi balik cuti kat rumah mimi tengok ye...  mimi tertarik dengan apa yang ditulis didalam buku tu.. mimi rasa kita patut kongsi sama2 ilmu ni.. baru la ada keberkatan..dalam buku tersebut ada dinyatakan bahawa :

  • barangsiapa yang berpuasa di bulan syaaban, Allah haramkan api neraka dari tubuhnya.
  • akan menjadi taulan nabi yusuf A.S di syurga
  • diberi pahala seperti nabi ayub & nabi daud
  • barangsiapa yang berpuasa penuh dibulan syaaban, Allah akan permudahkan sarakartulmaut baginya & terlepas dari huru hara mungkar dan nakir . ditutup keaibannya di hari akhirat dan di wajibkan syurga keatasnya.
  • barangsiapa yang berpuasa pada awal hari khamis pada bulan syaaban dan khamis di akhir bulan syaaban, di akan ditempatkan di syurga.
haa.... hebatkan fazilat bulan syaaban... rugi sapa yang tak manfaatkannya.. ada lagi... sabda rasullulah s.a.w : syaaban dalah bulanku, ramadhan adalah bulan umatku, syaaban ialah bulan mengkifarahkan (menghapuskan) dosa& ramadhan mensucikan dosa (jasmani/rohani).

selain daripada tu, pada bulan syaaban juga Allah buka 300 pintu rahmat dan mengampunkan dosa semua hambanya kecuali dosa dari enam golongan 
  1. orang yang kekal minum arak
  2. orang yang derhaka pada kedua ibu bapanya
  3. orang yang kekal dalam zina
  4. orang yang banyak berkelahi
  5. orang yang menjalankan urusniaga dengan sumpah dan dusta
  6. orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi..
Allah juga mengampunkan semua hambanya kecuali orang yang suka akan zina dan orang yang berdendam kepada saudaranya.. sama2 lah kita kembali ke jalan yang di redhai Allah.. tak semestinya jika kita pernah buat kesalahan, kita dah tak ada jalan untuk kembali.. Allah dah kurniakan pintu taubat kepada kita.. bertaubat sebelum terlambat. insaf dengan apa yang pernah di lakukan .. dan bina hidup baru. tentang tanggapan orang lain,.. manusia hanya tau berkata malah ada yang mencemuh jika seseorang itu kembali ke pangkal jalan.. yang penting hati kita ikhlas.. Allah akan sentiasa disisi kita.. doa itu adalah senjata bagi kita.. sabar itu kunci kekuatan.. sama2 kita perbaiki.. insyaAllah... itu aje kot kali ni... insyaAllah untuk post yang akan datang mimi akan cari maklumat tentang kelebihan solat terawih. boleh kita sama2 kongsi ilmu lagi.. ok lah.. daaa..... aslmkm..


No comments:

Post a Comment