aslmkm... hai suma.. alhamdulillah hari ni, mimi masih lagi diberi kesempatan untuk hidup.. hari ni kelas mimi cancel.. so, adalah peluang untuk mimi share something dengan kawan2.. tips ni sebenarnya mimi dapat daripada cikgu mimi masa mimi sekolah menengah & dah jadi amalan mimi.. & alhamdulillah.. berkesan juga tips ni..
MENGUATKAN DAYA INGATAN
- mestila jaga pemakanan.. jangan amalkan makan kepala ikan dan makanan @ minuman yang dilewati oleh semut.. sebab mengikut kajian.. semut mempunyai 1 bahan kimia yang boleh membuatkan kita jadi tak pandai atau dalam erti kata lainnya, susah nak terima ilmu yang dipelajari..
- elakkan daripada melihat kemaluan. (terutamanya berlainan jantina) pandai2 la kawan uruskan ek.. ustazah mimi cakap dulu, sekali kita tengok kemaluan, kita punya daya ingatan akan asyik teringatkan benda tu aje.. oleh itu, pada sesiapa yang selalu tengok tu.. sudah2 la ok.. selain daripada dapat daya ingatan yang lemah, benda tu kan berdosa.. sama2 lah kita hindari ye..
- elakkan daripada melihat najis.. tak kira najis tu terdiri daripada najis dari kita sendiri seperti air kencing atau najis yang dot..dot..dot... tu... tak perlu la mimi cakap kan.. semua mesti paham najis apa yang mimi maksud kan..
- beri tumpuan di dalam kelas.. tahukah kawan2 bila kita bertanya kepada guru, kita akan mudah untuk mengingati dan kita juga akan dapat pahala.. sebab, bila kita bertanya,.. guru/ penyarah akan menjawab persoalan tersebut, sekali gus.. semua rakan2 di dalam kelas akan dapat berkongsi ilmu.. belajar tu kan dapat pahala.. orang lain dapat belajar @ imput dari jawapan kepada soalan kita tu kita dah dapat pahala tau..
(hehehe... ni binatang.. tak kan mimi nak letak yang manusia punya.. confirm mimi tak buka blog mimi dh..)
- belajar untuk faham bukan untuk hafal... haaaa... ini 1 masalah juga nih.. sebab ramai pelajar2 sekarang yang hanya belajar untuk final exam @ ujian, test & sebagainya.. ilmu yang dihafal tidak akan memberi manfaat kepada kita.. melainkan ilmu yang di fahami dan di amalkan.. walaupun subjek tersebut merupakan fakta.. cuba belajar untuk fahami apa yang dinyatakan.. insyaAllah.. kalau kita ikhlas nak belajar.. Allah akan mudahkan kita untuk mengingati. kalau kawan2 perasan kan.. bila habis jer guru/pensyarah mengajar, apa yang mereka akan tanya? '' faham ke tidak?'' @ "ada apa2 yang tak faham ke?" maknanya di sini, pemahaman itu lebih penting dari menghafal..jangan la pula kita buat2 pandai.. tak tahu tak nak tanya... malu bertanya sesat jalan... kalau faham, insyaAllah lagi mudah untuk kita nak ingat. lain la kalau guru/pensyarah tanya.. "dah hafal ke apa yang saya ajar ni? " @ " tak faham xpe.. jangan tanya.. balik hafal la" ada tak mereka cakap macam tu? hehehehe.. agak pelik la kalau mereka tanya macam tu setiap kali habis mengajar..
- belajar dalam suasana yang sesuai.. maksud mimi.. elakkan daripada belajar jika badan penat @ mengantuk.. seelok-eloknya.. dapatkan rehat dahulu.. waktu nak belajar pun pilih la ikut keselesaan kita.. tapi... harus di ingatkan.. elakkan daripada "study last minute"..
- nak seribu daya.. tak mahu seribu dalih.. setiap orang boleh berubah menjadi lebih baik.. tetapi semuanya bergantung kepada keazaman diri kita sendiri.. segalanya terletak dalam diri kita sendiri..
ok lah... buat masa ni.. mimi share tips ni dulu ok.. lain hari kalau ada kesempatan insyaAllah mimi akan share lagi tips2 yang boleh di amalkan.. kalau tips ni tak boleh di ikuti oleh kawan2 mimi minta maaf.. tapi ini lah cara mimi.. & alhamdulillah.. sekarang mimi bersyukur seadanya.. kalau ada tips yang lebih baik.. kongsi la dengan mimi.. leave a comment ok.. papai.. Aslmkm.. ilalliqa'......(jawab la.. ma'alsalamah) (^__^)
No comments:
Post a Comment