prangggg!!!!!....hoi budak, apa kau buat tu? kau ni tak habis2 bagi aku masalah..dada ku berdebar menunggu habuan yang bakal ku terima dari Pn. Izah, pemilik restoran tempat ku mencari sesuap nasi.
"Ya Allah, kau ni kenapa hah? masuk hari ni dah 2 pinggan aku kau pecahkan". merah muka Pn Izah menahan kemarahannya. "maafkan saya mak cik.. saya tak mampu nak bawa pinggan2 ni sekali gus..tangan masih sakit" ujarku menahan keperitan tangan ku yang pernah dicurah air panas oleh Pn Izah dek tersilap menghantar makanan yang dipinta oleh pelanggan. Pn Izah berjalan laju menuju ke kaunter bayaran dan mengambil beberapa keping wang kertas lalu menuju kearah ku kembali. "nah ambl duit ni dan jangan datang lagi kesini. aku tak mau pekerja yang lembik macam kau ni" kata Pn Izah sambil melemparkan wang ke arah muka ku. aku hanya tunduk memandang lantai. aku tak mampu berdiri lagi... aku terduduk, air mata ku sudah tidak tertanggung lagi. aku menangis bukan kerana hinaan yang diberikan tadi. tapi aku menangis kerana dimanakah lagi tempat yang hendak ku tuju untuk menampung kehidupanku selama aku belajar. ibu,.. maafkan kakak. kakak tak mampu beli nasi untuk kita makan untuk beberapa hari ini. ku kumpul sisa2 tenaga yang ada untuk mengambil duit dan terus berlalu pergi. sebelum pergi sempat ku menoleh ke arah Pn Izah. terima kasih mak cik. aku tak menyangka bahawa Pn Izah sanggup melakukan sedemikian rupa terhadap darah dagingnya sendiri.
****
ku atur langkahku perlahan-lahan untuk pulang kerumah. ku pandang langit. Ayah.. kenapa ayah pergi terlalu awal? belum puas ku rasakan kasih sayang mu ayah.. ayah.. ku rindukan pelukan mu tika aku menangis. ayah.. ku rindukan panggilan itu.. ayah,.. maafkan kakak.. kakak tak mampu beri keselesaan pada keluarga kita ayah. kalaulah ayah masih ada. ayah.. kenapa ayah tak muncul saat mak cik sakiti kakak dulu? kenapa sudah tak ada yang mampu lindungi dan pertahankan kakak masa kakak dalam bahaya.. ayah.. kakak rindukan ayah.. ku pegang kepala ku yang semakin perit. entah kenapa aku menangis. terlalu merindui ayah atau menahan perit di kepalaku.. entahla.. aku harus bertahan.
dari jauh ku lihat rumah di pinggir jalan itu. masih terbayang indahnya rumah besar tersebut dengan gelak tawa dan kebahagiannya. di rumah besar itu ada kenangan manis keluargaku dan di rumah besar berlakunya peristiwa yang tak dapat ku lupakan sampai ku mati. keluargaku di halau selepas kematian ayah.. peritnya masih terasa.. masih lagi berbisa walaupun sudah 10 tahun berlalu. masih segar di mata ku peristiwa pahit itu.. beberapa hari selepas kematian ayah. ibu, maafkan kakak kerana tak mampu mempertahankan ibu pada ketika itu..ayah.. maafkan kakak kerana tak mampu untuk mempertahankan titik peluh ayah selama ini.. tapi kakak akan tebus semula kebahagian itu.. pedih di kepala ku kian mencengkam. peritnya hanya aku dan tuhan saja yang tahu. kaki ku sudah tak mampu lagi melangkah. pandangan ku kelam.
****
"kakak..kakak.. sedar la nak.. ibu ni." sayup2 ku dengar suara ibu memanggil. ada tangis disebalik panggilan itu. pedih kepala ku beransur kurang.. perlahan-lahan ku buka mata ku.. ibu menangis tresak-esak. adik2 ku turut menangis. "kakak, macam mana kakak boleh pengsan kat tepi jalan tadi? kakak sakit ke? ibu lihat muka kakak pucat jer akhir2 ni..nasib baik wawa jumpa kakak tadi.." ibu memeluk ku erat.. ku pandang adik ku, wawa.. ada riak risau diwajahnya.. "kakak ok?" aku menganguk lemah. ibu... esok kakak dah tak boleh kerja dengan mak cik. dia dah berhentikan kakak.. ujarku lemah sambil mengeluarkan gaji aku hari ini pada ibuku. hanya rm5 sehari dari pukul 2 petang hingga pukul 2 pagi.. memang tidak berbaloi dengan kerja yag ku lakukan.. tapi memandangkan hanya itu sahaja yang mampu ku lakukan untuk menampung kehidupan harian keluargaku. kalau hendak di ikutkan tiada siapa yang mahu menggaji pelajar sekolah seperti.. tapi cukuplah buat kami. sekurang-kurangnya dapat menambah pendapatan ibu yang cuma mengambil upah menoreh getah di kebun orang lain.
"kakak, esok kakak tak payah kerja lagi yer.. bagi kakak sihat dulu. ibu risau tengok kakak sejak akhir2 ni.. biar ibu yeng kerja sorang. kakak kena tumpukan perhatian dalm pelajaran. SPM dah tak lama dah. ibu nak kakak berjaya." aku hanya menganguk tanpa membantah kemahuan ibu. ibu tersenyum melihat ku.. lembut muka ibu. ku lihat wajah adik2 ku satu persatu. kusyuk sungguh mereka makan. mungkin kerana terlalu lapar.. keluargaku hanya makan sekali sahaja sehari. walaupun hanya berlaukan ikan yang di tanggap di sawah, dan bersayurkan pucuk ubi, kami sangat bersyukur kerana dapat menikmati rezeki kurniaan tuhan.
hati ku nekad. aku akan bawa keluargaku dari kepompong kemiskinan. tak sanggup ku melihat adik2 ku kempunan melihat anak mak cik ku makan 'KFC' di hadapan mereka. kasihan mereka.. mereka masih terlalu mentah untuk menghadapi dugaan ini..
****
( bersambung.....)
No comments:
Post a Comment