Saturday, April 9, 2011

surat buat kekasih...(bahagian 4)

aslmkm..

bakal suamiku..

awak.. sebelum kita kahwin.. saya nak beritahu awak sesuatu.. saya nak awak baca betul2.. jangan tertinggal satu perkataan pun.. awak,.. 




1) jaga maruah saya :  

kalau awak nak saya jadi isteri yang baik untuk awak.. awak kena jaga maruah saya sebelum saya sah & halal buat awak.. jangan ambil kesempatan tau.. saya ada kung fu.. saya boleh buat samapai awak tak macho & tak hensem.. jangan main2 dengan saya..

2) jangan curi2 ambil gambar saya :

kalau awak curi2 ambil gambar saya, saya tak mahu awak memiliki saya.. awak hanya akan dapat gambar saya.. tp bukan saya.. awak kena belajar jangan ambil sesuatu yang bukan hak awak.. mencuri tu berdosa tau.. siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.. 

3) jangan tipu saya!!

saya tak mahu hidup dengan penipu.. kalau awak tipu saya hari ni.. bermakna awak tak jujur dengan saya.. kalau penipuan awak tak terbongkar hari ni, belum tentu penipuan awak esok hari selamat dari pengetahuan saya.. awak jangan ingat saya bodoh... my parent hantar i mengaji tinggi2 tau...

4) jangan curang

saya tau la lelaki boleh kahwin 4.. kalau awak curang sebelum kahwin, awak ingat saya akan terus sayang awak ke? awak rasa, awak dah cukup adil ke? kalau tak adil, awak tak dapat syurga tau... 

5) stop smoking!!

tolong lah.. awak ingat awak hensem ke kalau smoking depan mata saya @ belakang saya.. eeeeiiiiyuuuuuu.... cuba tengok mulut awak,.. bibir & gusi hitam, gigi kuning, bau mulut..... oh no!!... haa... lagi  1, dulu masa dalam kelas biologi, cikgu saya cakap kan, orang yang merokok boleh rosakkan gen dia.. berkemungkinan anak yang bakal dilahirkan akan sakit & kurang cerdik... so please,.. saya sayang anak2 saya nanti & tak mahu dorang menderita atas kesalahan mak ayah dorang.. lain lah kalau awak tak merokok tapi tuhan bagi... ada paham?? prevent is better than cure... please stop smoking ok.. terpulang pada awak.. nak hidup dengan rokok atau hidup dengan saya.. saya tak akan bagi awak kanser (^__^)Y

6) ekonomi kena kukuh..

biasa la perempuan zaman sekarang mesti nak hidup dengan orang yang mampu jamin masa depan dorang.. tapi laki selalu salah anggap.. lelaki akan kata perempuan mata duitan la.. meterialistik la... (upss.. betul ka eja macam tu?) what ever..... awak, buka mata sikit ek..awak nak bawa say tinggal kat mana lepas kahwin? awak nak bawa saya pergi hospital check kandungan saya masa saya pregnant nanti dengan apa? dan dengan apa awak nak bawa saya pergi hospital bila saya sakit?? awak nak bagi saya makan apa?? cecite2... awak, mas kahwin/mahar saya tak mahal.. saya cuma minta telekung, al-quran, dan apa yang awak ikhlas nak bagi jer... tapi saya nak awak jamin hidup saya.. agar saya selesa hidup dengan awak nanti..

7) cinta tuhan saya sebelum cintakan saya

awak.. saya nak suami yang boleh bimbing saya, tunjuk ajar saya dalam soal agama, boleh menjadi imam dalam solat jemaah saya, boleh ajar mengaji Al-Quran pada anak2 saya,..boleh berpuasa dengan saya,.. dan jaga kemuliaan saya sebagai isteri awak nanti.. 

8) bertanggung jawab

awak,.. saya nak awak tau apa tanggung jawab awak.. apa yang patut awak buat & apa yang tak patut awak tinggalkan.. jangan abaikan tanggung jawab awak sebelum & selepas kita kahwin.. awak kena fikir masak2 sebab tanggung jawab awak sebagai seorang lelaki & ketua keluarga berat tau awak..


hurmmm.. saya rasa setakat ni dulu kot perkara2 yang awak patut belajar & titik beratkan.. ingat tau,.. cinta saya hanya untuk suami saya.. kalau awak mahu memiliki cinta saya.. cintailah tuhan saya dahulu & lakukan apa yang saya nak.. wassalam


No comments:

Post a Comment