Tuesday, April 19, 2011

ya Allah lindungi aku...(Y__Y)

aslmkm... 

mimi takut sangat la ni.. tadi saja2 la jelajah fb..biasalah.. nak rehatkan otak lepas bertungkus lumus jawab exam tadi..tetiba jer mimi ada ternampak kawan mimi ada like 1 page ni.. mimi baca nama dia pun macam dah pelik.. mimi klik je kat link page tu... buka2 masyaAllah... mimi rasa seram sangat.. iye la... mimi ni nak kata alim.. tak alim pun. biasa2 ja. cuma mimi masih lagi ada perasaan yang perlu ada pada setiap perempuan iaitu malu. perempuan ni kalau dah hilang sifat malunya maka hilanglah maruahnya. mimi ada terbaca pasal bab malu ni.. cuba kawan2 bayangkan.. kalau perempuan dah tak tahu malu.. mesti la dy tanpa segan silu promosikan mahkota dy.. mimi tersentak tengok page tu tadi. mengucap panjang.. 

kalau ikut hati nak jer mimi letak link page tu kat sini. tapi nanti mimi macam bagi laluan jer kat kawan2 untuk tengok benda2 haram tu.. mimi tak tau la nak cakap ape.. page tu keterlaluan sangat. Allah menciptakan perempuan 1 akal dan 9 nafsu tetapi nafsu perempuan dikawal oleh akalnya. manakala lelaki Allah menjadikan 9 akal dan 1 nafsu..1 nafsu inilah yang akan mengawal 9 akal yang dikurniakan kepada lelaki. cuba kawan2 fikir balik.. betapa hebatnya ciptaan Allah. 

hati-hatilah kawan2 ye kalau nak add atau nak berkawan dengan ada dalam fb. jangan letak gambar yang keterlaluan. kawan mimi pernah kata,.. biarlah kita jadi permata di dalam lumpur yang bukan calang2 orang boleh menemui kita, daripada jadi permata yang terdapat di kedai perhiasan.. hanya menjadi perhatian orang ramai. dipengang, dibelek, digayakan berulang kali tetapi belum pasti dibeli.. perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik saja sayang.. ingat tu..tak salah berkawan.. tapi ingat batas2nya. ingat tu kaum hawa.. buat kaum lelaki, hati2 pilih pasangan mu.. kalau hari ini kamu pernah berzina.. nescaya kelak kamu akan mendapat isteri yang pernah berzina. (mimi baca ni dari blog seorang sahabat) percaya cakap mimi.. mimi tak suka menipu dan ditipu.....

kawan2 pernah tak dengar cerita pasal epal dan wanita? meh mimi nak cerita.. wanita ni lebih kurang macam epal la kan.. cantik jer rupa dan sedap bila di makan. ok, ceritanya macam ni.. disebuah kebun epal ada sebatang pokok epal yang subur.. di pohon iu terdapat banyak buah epal.. semua epal di pohon tersebut tumbuh di ranting yang tinggi2.. maka ada timbul kerisauan antara epal2 yang enak ini.."siapa yang mahu mengambil dan makan kita jika sekiranya kita berada terlalu tinggi?" persoalan demi persoalan terus diajukan hingga ada epal yang cuba merendahkan kedudukan mereka agar mudah diambil. namun epal2 yang merendahkan kedudukan mereka tidak sedar ada banyak bahaya dibawah.. serangan ulat, dan lebah sangat banyak. namun dek kerana kerisauan tidak akan di ambil lebih menjadi keutamaan. hari berganti hari.. epal2 yang mengubahkan merendahkan kedudukan mereka mula didekati ulat2 dan serangga lain hingga mereka tidak mampu lagi berada diranting dan akhirnya jatuh ketanah. di tanah mereka menjadi serangan serangga lain hinggalah keadaan mereka sudah tidak sesegar epal2 yang masih lagi bertahan berada di ranting yang teratas. pada suatu hari pemilik kebun tersebut datang dan hanya mengambil buah2 epal yang masih berada didahan.. dan bukannya di tanah. malah epal2 di tanah hanya dipijak.. tragis bukan?

cuba kawan2 kaitkan dengan wanita... hanya wanita yang mampu menjaga maruah mereka sahaja mampu dimiliki oleh lelaki yang hebat.. jangan risau jika kita tak punya kekasih hati. bersabarlah yer..Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.. cuma Allah tak temukan kita lagi dengan nya.kawan2 jangan jadi macam epal yang merendahkan kedudukan mereka hanya semata-mata risau tak ada yang akan mengambil mereka.. hati2 yer.. sama2 kita jaga maruah kita. walaupun dipujuk rayu..ingat.. mereka masih belum beri mahar kita.. apatah lagi akad dan nikah.. jangan menangis yer kalau kita masih tak jumpa seseorang yang dapat beri kita sebuah cinta.. Allah kan ada.. kawan2 pun ada.. kuatkan semangat untuk terus berada diatas seperti epal2 yang tak merendahkan diri mereka ok.. la tahzan.. 

ok lah.. dah kesuntukan masa ni.. aslmkm...(^__^) ilaliqo'



No comments:

Post a Comment