hari sudah pun lewat senja.. aku masih lagi terpaku di tangga rumah usang ini. fikiran ku melayang lagi. Entah apa yang aku fikirkan akau sendiri pun tak pasti. aku dikejutkan oleh azan Maghrib yang sayup2 kedengaran dari surau berdekatan. lantas ku bangun dan memanggil adik ku agar lekas naik keatas rumah usang itu. sempat lagi ku menoleh kearah rumah batu dipinggir jalan itu.. hurmmm... ayah.. kakak terlalu rindukan ayah..kakak rindu nak solat jemaah dengan ayah.. kakak rindu dengan kebahagiaan yang pernah kita lalui sebelum ini. tapi aku hanya melepaskan rasa ini sedalam-dalam hatiku.. ku tahan sebak di dada walaupun berat rasanya. "kakak, wawa nak bagi surat ni kat ayah macam mana? wawa rindukan ayah.. bila ayah baca surat ni, mesti ayah cepat pulangkan kakak?" soalan wawa yang masih lagi belum dapat ku jawab sehingga kehari ini.. dan soalan itulah yang telah membunuh ketabahan ku. ku lihat atas meja didalam bilik ku.. masih lagi tersimpan kemas surat yang di karang oleh wawa khas buat ayah. " nanti kakak sampaikan pada ayah tau, pesan pada ayah yang wawa tunggu ayah balik" masih lagi segar kata2 wawa seminggu selepas pemergian arwah ayah.. maafkan kakak dik, kakak tak mampu sampaikan..
"kakak..mari jap sayang" panggil ibu dari dapur.. pantas ku kesat air mata dan pergi mendapatkan ibu. ku lihat banyak kuih muih di atas meja. "kakak, esok kakak tolong ibu ya. ibu nak menjaja kuih dalam kampung. tapi kalau kakak rasa kakak masih tak sihat tak apalah, ibu boleh lakukan sendiri" lembut kata2 ibu. aku hanya tersenyum dan mengangguk. aku menjadi seorang yang pendiam sejak pemergian ayah. namun tingkah laku ku amat ibu fahami. terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan ku wanita semulia itu. hari sudah lewat malam, banyak lagi kerja sekolah yang harus ku siapkan.. entah kenapa sakit kepala ku menyerang kembali.. ya ALLAH beri aku kekuatan..
****
kini aku mampu menarik nafas lega kerana peperiksaan SPM sudah pun tamat. dapatlah aku turut serta bersama ibu menoreh getah dan menjaja kuih disekitar kampung bersama ibu. aku hanya ingin meluangkan masa yang ku ada bersama ibu dan adik-adik ku. aku bahagia saat ini. aku berdoa agar aku sempat untuk berbakti pada keluargaku. aku hanya ingin melihat ibu ku tidak lagi dihimpit kemiskinan. aku ingin melihat adik-adik ku hidup seperti kanak2 seusia mereka. bebas dan gembira bermain.
"cik nasuha, cik tak boleh sembunyikan perkara sebesar ini dari pengetahuan keluarga cik. ini melibatkan soal hidup cik nasuha. saya harap cik dapat mempertimbangkan semula perkara ini. tanpa persetujuan ibu cik, saya tak boleh buat apa2. " aku hanya diam seribu bahasa. tak mungkin aku akan khabarkan berita ini pada ibu ku. aku tak mahu lihat air mata ibu ku bercucuran lagi.. aku tak mahu lihat ibu bekerja berat lagi untuk menampung kos perubatan ku. dan aku tak mahu ibu tahu kesakitan yang aku alami.. aku cuma ingin ibu hidup dengan tenang. agar sisa-sisa hidupku dapat ku isi dengan senyum riang ibu ku. maafkan kakak ibu.. kakak tak mahu hati ibu terluka lagi.
****
ibu hanya melihat dengan penuh rasa hairan bila kereta mewah itu memasuki halaman rumah usang beliau. masih lagi terpaku di muka pintu. ada riak gembira diwajahnya apabila melihat pemandu kereta mewah tersebut melangkah keluar. penuh sopan dan bergaya.. "ibu.. kakak dah pulang" ibu berlari menuruni anak tangga usang itu lantas meluru kearah ku.. "ibu....." ku peluk erat ibu tua itu... ku menangis semahu-mahunya dalam pelukkan ibu tua itu. pelukan yang sarat dengan kerinduan. " ibu.. jangan la menangis lagi.. kan kakak dah pulang.. " ujar ku cuba memujuk ibu yang setelah hampir 5 tahun ku tinggalkan sejak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM hanya untuk mengejar impian ku iaitu memberikan sebuah kehidupan yang sempurna kepada keluargaku. ku gengam erat tangan ibu tua itu.. ibu masih lagi tidak mampu berkata-kata.. mungkin kerana terlalu merinduiku.. maafkan kakak ibu.. kakak biarkan ibu merindui kakak selama ini. terdetik dihatiku.. bagaimanakah keadaan ibu bila aku benar2 pergi satu hari nanti.. ku cium dahi dan pipi ibu tua itu.. tak sanggup rasanya hatiku untuk membiarkan ibu menangis lagi. "ibu... kakak sayang sangat2 kat ibu, kalau ibu sayang kakak, ibu jangan menangis kerana kakak lagi yer.. kakak akan selalu ada dalam hati ibu." ku peluk lagi ibu tua itu seerat mungkin.
****
"cik nasuha mungkin hanya boleh bertahan selama 5 hingga 6 tahun saja. kami hanya mampu melambatkan sel kanser cik nasuha, tapi kami masih belum mampu untuk mencari penawar bagi menyembuhkan cik nasuha. saya harap sepanjang tempoh ini cik nasuha datang menjalani rawatan dan mengambil ubat mengikut jadual yang di tetapkan. cik nasuha perlu bersemangat untuk melawan penyakit ini." masih segar kata2 doktor India itu ketika aku dihantar ke hospital selepas pengsan semasa perhimpunan disekolah 5 tahun lalu.. Ya Allah, masaku semakin hampir..aku harus segara. segera melangsaikan apa yang harus ku lakukan. pagi ini awal2 pagi lagi sudah ku bangun. ku siapkan makanan kesukaan ibu dan solat subuh berjemaah bersama ibu dan adik2 ku. ibu tersenyum senang melihat ku. " ibu jap lagi kita keluar sebentar ja.. kakak nak bawa ibu kesuatu tempat." kelat saja senyuman ku pagi itu menahan sakit kepala yang kian mencengkam..
hari ini ku bawa ibu dan adik2 ku bersiar2 menaiki kereta mewah yang pernah menjadi idaman arwah ayahku. ku tunaikan apa saja permintaan mereka.. ku bawa ibu ke suatu tempat yang amat dirinduinya. rumah batu ditepi jalan yang pernah menjadi saksi kebahagiaan dan penderitaan kami sekeluarga. ibu melangkah turun dengan linangan air mata. ku gengam erat tangan ibu. ibu masih tidak mengerti. adik2 ku hanya menjadi pemerhati yang setia. " ibu, kakak dah uruskan rumah ni, rumah ni dah jadi milik kita kembali. mak cik tak akan ganggu hidup kita lagi, makamah dah ambil tindakan terhadap mak cik kerana merampas hak kita. ibu,.. kakak nak ibu tinggal di sini dengan adik2. kereta ni milik ibu dan adik2. kakak dah daftarkan nama kereta ni atas nama wan. kakak tau wan dah cukup besar untuk uruskan keluarga kita" ujarku sambil memandang wajah adik ku, safwan. " ibu, kakak tak akan lama disini. kakak nak tengok hidup kita gembira macam dulu, sebab tu kakak buat semua ni.. tuhan akan jemput kakak bila2 masa je ibu.. kakak nak ibu dan adik2 kuat" ku peluk ibu dan adik2 ku erat2.. tak sanggup rasanya berpisah kembali dengan mereka.. " kakak sayang semuanya.. jangan menangis lagi ye.. kita dah banyak menagis.. " pandangan ku kian kelam.. "kakak!!!"
ku dengar jeritan insan2 yang ku sayang sayup2.. ya Allah.. ampuni dosa2ku.. segalanya untukmu... aku tak mampu lagi bertahan.. Allahhuakbar..
-tamat-
kalau ada typing error tu maaf ek..=)
ReplyDelete