Wednesday, August 3, 2011

Alhamdulillah... la tahzan

Bismillahirahmanirahim....

ya Allah..
aku bersyukur atas rahmat mu yang masih mengizinkan aku merasai nikmat ramadhan mu...
aku bersyukur kerana dapat merasai indahnya hidup dibawah nauganmu lagi..
aku bersyukur dengan nikmat rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada ku..

ya Tuhanku..
aku bersyukur kerana engkau telah kuatkan hati ku untuk menempuh sisa-sisa dunia ini...
aku bersyukur kepadamu kerana telah mengurniakan kepada ku nikmat kegembiraan..
aku bersyukur kepada kerana memberi sebuah keluarga dan rakan2 yang mampu menyokong ku

ya Robbul Izzati...
aku bersyukur kepadamu kerana memberiku nikmat kesakitan...
sesungguhnya ini adalah kafarah dosa buatku.....
aku bersyukur kepadamu yang telah menguji hidup ku dengan pelbagai ujian
sesungguhnya ia mengajarku erti kesabaran..
aku bersyukur kepadamu kerana mengambil sesuatu yang ku cintai..
sesungguhnya ia mengingatkan aku bahawa dunia ini hanyalah sementara..
aku bersyukur padamu kerana telah menutup pintu hati ku dari cinta yang bisa menghancurkan aku..
sesungguhnya hanya engkau yang tahu cinta yang selayaknya untuk ku.

ya Rahman ya Rahim..
aku bermohon kepada mu...
kuatkanlah hati ibundaku... kuatkanlah hatinya untuk menempuh dugaan mu..
jadikanlah kesakitannya, kesakitan ku jua...
aku bermohon kepada mu...
kurniakanlah kepada ku dan keluarga ku... rezeki yang halal

ya Allah...
sujudku...
hidupku..
amalanku...
ibadahku...
hanyalah untuk mu... maka kuatkanlah hati ku untuk menuju keradhaan mu..
bimbinglah aku untuk terus berada di landasan yang benar..
landasan yang membawa aku kepadamu...

amin.. amin ya Robbalalamin....

2 comments: