Tuesday, April 19, 2011

ya Allah lindungi aku...(Y__Y)

aslmkm... 

mimi takut sangat la ni.. tadi saja2 la jelajah fb..biasalah.. nak rehatkan otak lepas bertungkus lumus jawab exam tadi..tetiba jer mimi ada ternampak kawan mimi ada like 1 page ni.. mimi baca nama dia pun macam dah pelik.. mimi klik je kat link page tu... buka2 masyaAllah... mimi rasa seram sangat.. iye la... mimi ni nak kata alim.. tak alim pun. biasa2 ja. cuma mimi masih lagi ada perasaan yang perlu ada pada setiap perempuan iaitu malu. perempuan ni kalau dah hilang sifat malunya maka hilanglah maruahnya. mimi ada terbaca pasal bab malu ni.. cuba kawan2 bayangkan.. kalau perempuan dah tak tahu malu.. mesti la dy tanpa segan silu promosikan mahkota dy.. mimi tersentak tengok page tu tadi. mengucap panjang.. 

kalau ikut hati nak jer mimi letak link page tu kat sini. tapi nanti mimi macam bagi laluan jer kat kawan2 untuk tengok benda2 haram tu.. mimi tak tau la nak cakap ape.. page tu keterlaluan sangat. Allah menciptakan perempuan 1 akal dan 9 nafsu tetapi nafsu perempuan dikawal oleh akalnya. manakala lelaki Allah menjadikan 9 akal dan 1 nafsu..1 nafsu inilah yang akan mengawal 9 akal yang dikurniakan kepada lelaki. cuba kawan2 fikir balik.. betapa hebatnya ciptaan Allah. 

hati-hatilah kawan2 ye kalau nak add atau nak berkawan dengan ada dalam fb. jangan letak gambar yang keterlaluan. kawan mimi pernah kata,.. biarlah kita jadi permata di dalam lumpur yang bukan calang2 orang boleh menemui kita, daripada jadi permata yang terdapat di kedai perhiasan.. hanya menjadi perhatian orang ramai. dipengang, dibelek, digayakan berulang kali tetapi belum pasti dibeli.. perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik saja sayang.. ingat tu..tak salah berkawan.. tapi ingat batas2nya. ingat tu kaum hawa.. buat kaum lelaki, hati2 pilih pasangan mu.. kalau hari ini kamu pernah berzina.. nescaya kelak kamu akan mendapat isteri yang pernah berzina. (mimi baca ni dari blog seorang sahabat) percaya cakap mimi.. mimi tak suka menipu dan ditipu.....

kawan2 pernah tak dengar cerita pasal epal dan wanita? meh mimi nak cerita.. wanita ni lebih kurang macam epal la kan.. cantik jer rupa dan sedap bila di makan. ok, ceritanya macam ni.. disebuah kebun epal ada sebatang pokok epal yang subur.. di pohon iu terdapat banyak buah epal.. semua epal di pohon tersebut tumbuh di ranting yang tinggi2.. maka ada timbul kerisauan antara epal2 yang enak ini.."siapa yang mahu mengambil dan makan kita jika sekiranya kita berada terlalu tinggi?" persoalan demi persoalan terus diajukan hingga ada epal yang cuba merendahkan kedudukan mereka agar mudah diambil. namun epal2 yang merendahkan kedudukan mereka tidak sedar ada banyak bahaya dibawah.. serangan ulat, dan lebah sangat banyak. namun dek kerana kerisauan tidak akan di ambil lebih menjadi keutamaan. hari berganti hari.. epal2 yang mengubahkan merendahkan kedudukan mereka mula didekati ulat2 dan serangga lain hingga mereka tidak mampu lagi berada diranting dan akhirnya jatuh ketanah. di tanah mereka menjadi serangan serangga lain hinggalah keadaan mereka sudah tidak sesegar epal2 yang masih lagi bertahan berada di ranting yang teratas. pada suatu hari pemilik kebun tersebut datang dan hanya mengambil buah2 epal yang masih berada didahan.. dan bukannya di tanah. malah epal2 di tanah hanya dipijak.. tragis bukan?

cuba kawan2 kaitkan dengan wanita... hanya wanita yang mampu menjaga maruah mereka sahaja mampu dimiliki oleh lelaki yang hebat.. jangan risau jika kita tak punya kekasih hati. bersabarlah yer..Allah tahu mana yang terbaik untuk kita.. cuma Allah tak temukan kita lagi dengan nya.kawan2 jangan jadi macam epal yang merendahkan kedudukan mereka hanya semata-mata risau tak ada yang akan mengambil mereka.. hati2 yer.. sama2 kita jaga maruah kita. walaupun dipujuk rayu..ingat.. mereka masih belum beri mahar kita.. apatah lagi akad dan nikah.. jangan menangis yer kalau kita masih tak jumpa seseorang yang dapat beri kita sebuah cinta.. Allah kan ada.. kawan2 pun ada.. kuatkan semangat untuk terus berada diatas seperti epal2 yang tak merendahkan diri mereka ok.. la tahzan.. 

ok lah.. dah kesuntukan masa ni.. aslmkm...(^__^) ilaliqo'



Saturday, April 16, 2011

Ayushita~~Tuhan Beri Aku Cinta

saya sedih tau tak awak??

awak..

maafkan saya sebab saya tak mampu jadi sesempurnayang awak inginkan.

saya sedih sangat bila awak cakap saya tak memahami awak.. 

  • selama ni, apa saja yang awak suruh saya lakukan.. saya akan buat.. saya tak pernah merungut. tapi bila saya bersuara, awak cakap saya perli awak. awak.. tak terniat pun dalam hati saya nak perli awak. selama ni saya dengar jer apa yang awak cakap.. bila saya cakap awak selalu marah saya. awak anggap macam remeh sangat semua perkara yang keluar dari mulut saya.. awak.. salahkah saya bersuara? awak cakap awak faham saya.. tapi kenapa perkara yang penting bagi saya awak remehkan? kenapa awak tak cakap baik2 dengan saya? kenapa awak?? teruk sangat ke saya ni sampai awak rasa selalu nak marah saya bila saya mula bersuara.apa dosa saya awak? .. lebih baik saya bisu.. awak pun tak rasa marah lagi

saya sedih bila awak buat 'dont know' jer bila awak lukakan hati saya

  • awak, pada awak, siapa sayani di hati awak? kenapa awak tak nak jaga perasaan saya? bila saya terasa hati dengan awak.. awak pun akan terasa hati dengan saya.. padahal saya memang sepatutnya saya yang terasa hati. tapi saya yang pujuk hati saya & juga hati awak. saya tak nak awak rasa sakit hati dengan saya. saya sayang kan awak.. 

hurmmmmm.... saya letih sangat...



segalanya untukmu.. (part 2 akhir)

hari sudah pun lewat senja.. aku masih lagi terpaku di tangga rumah usang ini. fikiran ku melayang lagi. Entah apa yang aku fikirkan akau sendiri pun tak pasti. aku dikejutkan oleh azan Maghrib yang sayup2 kedengaran dari surau berdekatan. lantas ku bangun dan memanggil adik ku agar lekas naik keatas rumah usang itu. sempat lagi ku menoleh kearah rumah batu dipinggir jalan itu.. hurmmm... ayah.. kakak terlalu rindukan ayah..kakak rindu nak solat jemaah dengan ayah.. kakak rindu dengan kebahagiaan yang pernah kita lalui sebelum ini. tapi aku hanya melepaskan rasa ini sedalam-dalam hatiku.. ku tahan  sebak di dada walaupun berat rasanya. "kakak, wawa nak bagi surat ni kat ayah macam mana? wawa rindukan ayah.. bila ayah baca surat ni, mesti ayah cepat pulangkan kakak?" soalan wawa yang masih lagi belum dapat ku jawab sehingga kehari ini.. dan soalan itulah yang telah membunuh ketabahan ku. ku lihat atas meja didalam bilik ku.. masih lagi tersimpan kemas surat yang di karang oleh wawa khas buat ayah. " nanti kakak sampaikan pada ayah tau, pesan pada ayah yang wawa tunggu ayah balik" masih lagi segar kata2 wawa seminggu selepas pemergian arwah ayah.. maafkan kakak dik, kakak tak mampu sampaikan..

"kakak..mari jap sayang" panggil ibu dari dapur.. pantas ku kesat air mata dan pergi mendapatkan ibu. ku lihat banyak kuih muih di atas meja. "kakak, esok kakak tolong ibu ya. ibu nak menjaja kuih dalam kampung. tapi kalau kakak rasa kakak masih tak sihat tak apalah, ibu boleh lakukan sendiri" lembut kata2 ibu. aku hanya tersenyum dan mengangguk. aku menjadi seorang yang pendiam sejak pemergian ayah. namun tingkah laku ku amat ibu fahami. terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan ku wanita semulia itu. hari sudah lewat malam, banyak lagi kerja sekolah yang harus ku siapkan.. entah kenapa sakit kepala ku menyerang kembali.. ya ALLAH beri aku kekuatan.. 


****

kini aku mampu menarik nafas lega kerana peperiksaan SPM sudah pun tamat. dapatlah aku turut serta bersama ibu menoreh getah dan menjaja kuih disekitar kampung bersama ibu. aku hanya ingin meluangkan masa yang ku ada bersama ibu dan adik-adik ku. aku bahagia saat ini. aku berdoa agar aku sempat untuk berbakti pada keluargaku. aku hanya ingin melihat ibu ku tidak lagi dihimpit kemiskinan. aku ingin melihat adik-adik ku hidup seperti kanak2 seusia mereka. bebas dan gembira bermain. 

"cik nasuha, cik tak boleh sembunyikan perkara sebesar ini dari pengetahuan keluarga cik. ini melibatkan soal hidup cik nasuha. saya harap cik dapat mempertimbangkan semula perkara ini. tanpa persetujuan ibu cik, saya tak boleh buat apa2. " aku hanya diam seribu bahasa. tak mungkin aku akan khabarkan berita ini pada ibu ku. aku tak mahu lihat air mata ibu ku bercucuran lagi.. aku tak mahu lihat ibu bekerja berat lagi untuk menampung kos perubatan ku. dan aku tak mahu ibu tahu kesakitan yang aku alami.. aku cuma ingin ibu hidup dengan tenang. agar sisa-sisa hidupku dapat ku isi dengan senyum riang ibu ku. maafkan kakak ibu.. kakak tak mahu hati ibu terluka lagi.

****

ibu hanya melihat dengan penuh rasa hairan bila kereta mewah itu memasuki halaman rumah usang beliau. masih lagi terpaku di muka pintu. ada riak gembira diwajahnya apabila melihat pemandu kereta mewah tersebut melangkah keluar. penuh sopan dan bergaya.. "ibu.. kakak dah pulang" ibu berlari menuruni anak tangga usang itu lantas meluru kearah ku.. "ibu....." ku peluk erat ibu tua itu... ku menangis semahu-mahunya dalam pelukkan ibu tua itu. pelukan yang sarat dengan kerinduan. " ibu.. jangan la menangis lagi.. kan kakak dah pulang.. " ujar ku cuba memujuk ibu yang setelah hampir 5 tahun ku tinggalkan sejak mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM hanya untuk mengejar impian ku iaitu memberikan  sebuah kehidupan yang sempurna kepada keluargaku. ku gengam erat tangan ibu tua itu.. ibu masih lagi tidak mampu berkata-kata.. mungkin kerana terlalu merinduiku.. maafkan kakak ibu.. kakak biarkan ibu merindui kakak selama ini. terdetik dihatiku.. bagaimanakah keadaan ibu bila aku benar2 pergi satu hari nanti.. ku cium dahi dan pipi ibu tua itu.. tak sanggup rasanya hatiku untuk membiarkan ibu menangis lagi. "ibu... kakak sayang sangat2 kat ibu, kalau ibu sayang kakak, ibu jangan menangis kerana kakak lagi yer.. kakak akan selalu ada dalam hati ibu." ku peluk lagi ibu tua itu seerat mungkin. 

****

"cik nasuha mungkin hanya boleh bertahan selama 5 hingga 6 tahun saja. kami hanya mampu melambatkan sel kanser cik nasuha, tapi kami masih belum mampu untuk mencari penawar bagi menyembuhkan cik nasuha. saya harap sepanjang tempoh ini cik nasuha datang menjalani rawatan dan mengambil ubat mengikut jadual yang di tetapkan. cik nasuha perlu bersemangat untuk melawan penyakit ini." masih segar kata2 doktor India itu ketika aku dihantar ke hospital selepas pengsan semasa perhimpunan disekolah 5 tahun lalu.. Ya Allah, masaku semakin hampir..aku harus segara. segera melangsaikan apa yang harus ku lakukan. pagi ini awal2 pagi lagi sudah ku bangun. ku siapkan makanan kesukaan ibu dan solat subuh berjemaah bersama ibu dan adik2 ku. ibu tersenyum senang melihat ku. " ibu jap lagi kita keluar sebentar ja.. kakak nak bawa ibu kesuatu tempat." kelat saja senyuman ku pagi itu menahan sakit kepala yang kian mencengkam..

hari ini ku bawa ibu dan adik2 ku bersiar2 menaiki kereta mewah yang pernah menjadi idaman arwah ayahku. ku tunaikan apa saja permintaan mereka.. ku bawa ibu ke suatu tempat yang amat dirinduinya. rumah batu ditepi jalan yang pernah menjadi saksi kebahagiaan dan penderitaan kami sekeluarga. ibu melangkah turun dengan linangan air mata. ku gengam erat tangan ibu. ibu masih tidak mengerti. adik2 ku hanya menjadi pemerhati yang setia. " ibu, kakak dah uruskan rumah ni, rumah ni dah jadi milik kita kembali. mak cik tak akan ganggu hidup kita lagi, makamah dah ambil tindakan terhadap mak cik kerana merampas hak kita. ibu,.. kakak nak ibu tinggal di sini dengan adik2. kereta ni milik ibu dan adik2. kakak dah daftarkan nama kereta ni atas nama wan. kakak tau wan dah cukup besar untuk uruskan keluarga kita" ujarku sambil memandang wajah adik ku, safwan. " ibu, kakak tak akan lama disini. kakak nak tengok hidup kita gembira macam dulu, sebab tu kakak buat semua ni.. tuhan akan jemput kakak bila2 masa je ibu.. kakak nak ibu dan adik2 kuat" ku peluk ibu dan adik2 ku erat2.. tak sanggup rasanya berpisah kembali dengan mereka.. " kakak sayang semuanya.. jangan menangis lagi ye.. kita dah banyak menagis.. " pandangan ku kian kelam.. "kakak!!!"
ku dengar jeritan insan2 yang ku sayang sayup2.. ya Allah.. ampuni dosa2ku.. segalanya untukmu... aku tak mampu lagi bertahan.. Allahhuakbar..


-tamat-

surat buat kekasih.. (bahagian 5)

assalamualaikum..

awak..saya harap awak sihat sejahtera.. maafkan saya.. saya terpaksa tulis surat ni... saya tulis surat ni, khas untuk awak. saya tulis surat ni, saat semua msg saya awak dah tak balas.. kalau awak balas pun awak akan bagi seribu satu alasan.. saya tulis surat ni saat panggilan telefon saya awak tak angkat.. maafkan saya.. saya tau awak dah tak sudi dengar suara saya apatah lagi dengar saya bercakap sesuatu yang amat penting.. maafkan saya awak.. saya terpaksa buat macam ni.. saya tak tahu macam mana lagi nak beritahu awak tentang perkara ni.. 

mungkin awak fikir, saya cuma buang masa awak. tapi awak tak buang masa saya. awak dah serikan hari2 saya dengan senyuman dan telatah awak. saya bahagia sangat saat tu.. walaupun kita hanya mampu berhubung dari jauh. awak.... awak lupa ke dulu awak janji tak akan buat saya menangis... tapi maafkan saya awak.. dah tak tertanggung rasanya perit di dada saya kerana terlalu rindukan awak.. hurmmmm mana awak?

awak.. awak ingat tak awak pernah janji dengan saya dulu awak akan sentiasa bersama saya susah dan senang.. kalau saya sedang hadapi dugaan, awak nak tanggung sama2 dengan saya.. tapi sekarang ni saya hadapi sorang2 jer.. hurmmmm.. mana awak?

awak... awak ingat tak dulu awak pernah janji awak tak akan jauh daripada saya walaupun jarak antara kita jauh... tapi kenapa sekarang awak biarkan jarak jauhi saya dari awak? puas saya cari awak.. tapi awak makin jauh dari saya.. awak macam pelangi.. makin dikejar.. makin awak jauh.. hurmmmm mana awak?

awak.. awak pernah minta saya berjanji dengan awak jangan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadikan.. awak.. saya tak pernah tinggal awak.. saya terima baik buruk awak.. tapi kenapa sekarang awak yang tinggalkan saya? awak hilangkan diri awak macam tu jer.. saya macam mana awak? saya risau sangat awak hilang berminggu-minggu.. saya takut apa2 jadi pada awak.. awak... saya tak sanggup tengok awak cedera atau jadi apa2.. hurmmmmm... awak hilang tanpa ucap apa2 pun pada saya.... hurmmmmm mana awak?

awak...  kalau awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak.. awak cakap dengan saya tau.. saya cuma nak awak gembira.. awak,.. saya cuma nak sedikit kebahagiaan jer.. kalau awak tak mampu beri, jangan buat saya sayangi awak.. sebab bila saya dah mula sayangi awak, susah bagi saya untuk padam perasaan tu.. maafkan saya awak.. saya cuma terlalu rindukan awak........


ikhlas
hati saya milik awak


Tuesday, April 12, 2011

tekanan

aslmkm suma...

tq ye sapa yg sabataj mimi.. moga Allah beri petunjuk.. mimi tak ganggu hidup orang.  tqvm.. n for those who wanna help me.. plz.. i need u..

Monday, April 11, 2011

segalanya untukmu.. (part 1)

           prangggg!!!!!....hoi budak, apa kau buat tu? kau ni tak habis2 bagi aku masalah..dada ku berdebar menunggu habuan yang bakal ku terima dari Pn. Izah, pemilik restoran tempat ku mencari sesuap nasi.
"Ya Allah, kau ni kenapa hah? masuk hari ni dah 2 pinggan aku kau pecahkan". merah muka Pn Izah menahan kemarahannya. "maafkan saya mak cik.. saya tak mampu nak bawa pinggan2 ni sekali gus..tangan masih sakit" ujarku menahan keperitan tangan ku yang pernah dicurah air panas oleh Pn Izah dek tersilap menghantar makanan yang dipinta oleh pelanggan. Pn Izah berjalan laju menuju ke kaunter bayaran dan mengambil beberapa keping wang kertas lalu menuju kearah ku kembali. "nah ambl duit ni dan jangan datang lagi kesini. aku tak mau pekerja yang lembik macam kau ni" kata Pn Izah sambil melemparkan wang ke arah muka ku. aku hanya tunduk memandang lantai. aku tak mampu berdiri lagi... aku terduduk, air mata ku sudah tidak tertanggung lagi. aku menangis bukan kerana hinaan yang diberikan tadi. tapi aku menangis kerana dimanakah lagi tempat yang hendak ku tuju untuk menampung kehidupanku selama aku belajar. ibu,.. maafkan kakak. kakak tak mampu beli nasi untuk kita makan untuk beberapa hari ini. ku kumpul sisa2 tenaga yang ada untuk mengambil duit dan terus berlalu pergi. sebelum pergi sempat ku menoleh ke arah Pn Izah. terima kasih mak cik. aku tak menyangka bahawa Pn Izah sanggup melakukan sedemikian rupa terhadap darah dagingnya sendiri.


****

             ku atur langkahku perlahan-lahan untuk pulang kerumah. ku pandang langit. Ayah.. kenapa ayah pergi terlalu awal? belum puas ku rasakan kasih sayang mu ayah.. ayah.. ku rindukan pelukan mu tika aku menangis. ayah.. ku rindukan panggilan itu.. ayah,.. maafkan kakak.. kakak tak mampu beri keselesaan pada keluarga kita ayah. kalaulah ayah masih ada. ayah.. kenapa ayah tak muncul saat mak cik sakiti kakak dulu? kenapa sudah tak ada yang mampu lindungi dan pertahankan kakak masa kakak dalam bahaya.. ayah.. kakak rindukan ayah.. ku pegang kepala ku yang semakin perit. entah kenapa aku menangis. terlalu merindui ayah atau menahan perit di kepalaku.. entahla.. aku harus bertahan. 

              dari jauh ku lihat rumah di pinggir jalan itu. masih terbayang indahnya rumah besar tersebut dengan gelak tawa dan kebahagiannya. di rumah besar itu ada kenangan manis keluargaku dan di rumah besar berlakunya peristiwa yang tak dapat ku lupakan sampai ku mati. keluargaku di halau selepas kematian ayah.. peritnya masih terasa.. masih lagi berbisa walaupun sudah 10 tahun berlalu. masih segar di mata ku peristiwa pahit itu.. beberapa hari selepas kematian ayah. ibu, maafkan kakak kerana tak mampu mempertahankan ibu pada ketika itu..ayah.. maafkan kakak kerana tak mampu untuk mempertahankan titik peluh ayah selama ini.. tapi kakak akan tebus semula kebahagian itu.. pedih di kepala ku kian mencengkam. peritnya hanya aku dan tuhan saja yang tahu. kaki ku sudah tak mampu lagi melangkah. pandangan ku kelam.


****

                "kakak..kakak.. sedar la nak.. ibu ni." sayup2 ku dengar suara ibu memanggil. ada tangis disebalik panggilan itu. pedih kepala ku beransur kurang.. perlahan-lahan ku buka mata ku.. ibu menangis tresak-esak. adik2 ku turut menangis. "kakak, macam mana kakak boleh pengsan kat tepi jalan tadi? kakak sakit ke? ibu lihat muka kakak pucat jer akhir2 ni..nasib baik wawa jumpa kakak tadi.." ibu memeluk ku erat.. ku pandang adik ku, wawa.. ada riak risau diwajahnya.. "kakak ok?" aku menganguk lemah. ibu... esok kakak dah tak boleh kerja dengan mak cik. dia dah berhentikan kakak.. ujarku lemah sambil mengeluarkan gaji aku hari ini pada ibuku. hanya rm5 sehari dari pukul 2 petang hingga pukul 2 pagi.. memang tidak berbaloi dengan kerja yag ku lakukan.. tapi memandangkan hanya itu sahaja yang mampu ku lakukan untuk menampung kehidupan harian keluargaku. kalau hendak di ikutkan tiada siapa yang mahu menggaji pelajar sekolah seperti.. tapi cukuplah buat kami. sekurang-kurangnya dapat menambah pendapatan ibu yang cuma mengambil upah menoreh getah di kebun orang lain.

               "kakak, esok kakak tak payah kerja lagi yer.. bagi kakak sihat dulu. ibu risau tengok kakak sejak akhir2 ni.. biar ibu yeng kerja sorang. kakak kena tumpukan perhatian dalm pelajaran. SPM dah tak lama dah. ibu nak kakak berjaya." aku hanya menganguk tanpa membantah kemahuan ibu. ibu tersenyum melihat ku.. lembut muka ibu. ku lihat wajah adik2 ku satu persatu. kusyuk sungguh mereka makan. mungkin kerana terlalu lapar.. keluargaku hanya makan sekali sahaja sehari. walaupun hanya berlaukan ikan yang di tanggap di sawah, dan bersayurkan pucuk ubi, kami sangat bersyukur kerana dapat menikmati rezeki kurniaan tuhan.
hati ku nekad. aku akan bawa keluargaku dari kepompong kemiskinan. tak sanggup ku melihat adik2 ku kempunan melihat anak mak cik ku makan 'KFC' di hadapan mereka. kasihan mereka.. mereka masih terlalu mentah untuk menghadapi dugaan ini..

     ****                   
( bersambung.....)


Sunday, April 10, 2011

salahkah aku terlalu mencintaimu -ratu-

ku tatap dua bola matamu
trsirat apa yang kan terjadi
kau ingin pergi dariku
meninggalkan semua kenangan
menutup lembaran cerita
oh sayangku..
aku tak mahu
ku tau semua akan berakhir
tapi ku tak rela lepaskan mu
kau tanya mengapa aku
tak ingin pergi dari dirimu..
dan mulutku diam membisu

 c/o salah kah bila diriku.. 
terlalu mencintaimu...
jangan tanyakan mengapa..
kerna ku tak tahu...
aku pun tak ingin bila, 
kau pergi tinggalkan aku...
masihkah ada hasratmu..
untuk mencintai ku lagi....

apakah yang harus ku lakukan..
untuk menarik perhatianmu lagi
walaupun harus mengibar
agar kau tetap disisi
lihat aku duhai sayang ku

layan lagu ni... huhuhu.. no more tear.. senyum..(^__^)


Saturday, April 9, 2011

surat buat kekasih...(bahagian 4)

aslmkm..

bakal suamiku..

awak.. sebelum kita kahwin.. saya nak beritahu awak sesuatu.. saya nak awak baca betul2.. jangan tertinggal satu perkataan pun.. awak,.. 




1) jaga maruah saya :  

kalau awak nak saya jadi isteri yang baik untuk awak.. awak kena jaga maruah saya sebelum saya sah & halal buat awak.. jangan ambil kesempatan tau.. saya ada kung fu.. saya boleh buat samapai awak tak macho & tak hensem.. jangan main2 dengan saya..

2) jangan curi2 ambil gambar saya :

kalau awak curi2 ambil gambar saya, saya tak mahu awak memiliki saya.. awak hanya akan dapat gambar saya.. tp bukan saya.. awak kena belajar jangan ambil sesuatu yang bukan hak awak.. mencuri tu berdosa tau.. siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.. 

3) jangan tipu saya!!

saya tak mahu hidup dengan penipu.. kalau awak tipu saya hari ni.. bermakna awak tak jujur dengan saya.. kalau penipuan awak tak terbongkar hari ni, belum tentu penipuan awak esok hari selamat dari pengetahuan saya.. awak jangan ingat saya bodoh... my parent hantar i mengaji tinggi2 tau...

4) jangan curang

saya tau la lelaki boleh kahwin 4.. kalau awak curang sebelum kahwin, awak ingat saya akan terus sayang awak ke? awak rasa, awak dah cukup adil ke? kalau tak adil, awak tak dapat syurga tau... 

5) stop smoking!!

tolong lah.. awak ingat awak hensem ke kalau smoking depan mata saya @ belakang saya.. eeeeiiiiyuuuuuu.... cuba tengok mulut awak,.. bibir & gusi hitam, gigi kuning, bau mulut..... oh no!!... haa... lagi  1, dulu masa dalam kelas biologi, cikgu saya cakap kan, orang yang merokok boleh rosakkan gen dia.. berkemungkinan anak yang bakal dilahirkan akan sakit & kurang cerdik... so please,.. saya sayang anak2 saya nanti & tak mahu dorang menderita atas kesalahan mak ayah dorang.. lain lah kalau awak tak merokok tapi tuhan bagi... ada paham?? prevent is better than cure... please stop smoking ok.. terpulang pada awak.. nak hidup dengan rokok atau hidup dengan saya.. saya tak akan bagi awak kanser (^__^)Y

6) ekonomi kena kukuh..

biasa la perempuan zaman sekarang mesti nak hidup dengan orang yang mampu jamin masa depan dorang.. tapi laki selalu salah anggap.. lelaki akan kata perempuan mata duitan la.. meterialistik la... (upss.. betul ka eja macam tu?) what ever..... awak, buka mata sikit ek..awak nak bawa say tinggal kat mana lepas kahwin? awak nak bawa saya pergi hospital check kandungan saya masa saya pregnant nanti dengan apa? dan dengan apa awak nak bawa saya pergi hospital bila saya sakit?? awak nak bagi saya makan apa?? cecite2... awak, mas kahwin/mahar saya tak mahal.. saya cuma minta telekung, al-quran, dan apa yang awak ikhlas nak bagi jer... tapi saya nak awak jamin hidup saya.. agar saya selesa hidup dengan awak nanti..

7) cinta tuhan saya sebelum cintakan saya

awak.. saya nak suami yang boleh bimbing saya, tunjuk ajar saya dalam soal agama, boleh menjadi imam dalam solat jemaah saya, boleh ajar mengaji Al-Quran pada anak2 saya,..boleh berpuasa dengan saya,.. dan jaga kemuliaan saya sebagai isteri awak nanti.. 

8) bertanggung jawab

awak,.. saya nak awak tau apa tanggung jawab awak.. apa yang patut awak buat & apa yang tak patut awak tinggalkan.. jangan abaikan tanggung jawab awak sebelum & selepas kita kahwin.. awak kena fikir masak2 sebab tanggung jawab awak sebagai seorang lelaki & ketua keluarga berat tau awak..


hurmmm.. saya rasa setakat ni dulu kot perkara2 yang awak patut belajar & titik beratkan.. ingat tau,.. cinta saya hanya untuk suami saya.. kalau awak mahu memiliki cinta saya.. cintailah tuhan saya dahulu & lakukan apa yang saya nak.. wassalam


Thursday, April 7, 2011

buat2 chomel..hehehehe

aslmkm

daripada mimi dok layan perasaan & terfikirkan masalah yang ada, mimi pun buat keputusan untuk menyemakan blog mimi lagi.. agagagagag~~ (ketawa besar) mimi tak mau nanagis la.. walaupun hati sedih & terasa sangat.. better i do something that can make me smile sementara tunggu nurul my bezfren chat i.. hehehhe.. so, tanpa membuang masa.. selamat 'menengok' gambar2 mimi ni..

p/s : walaupun mimi tak segak & tak chumel.. mimi suka ambil pic sendiri.. jangan kutuk k... 


me in red.. hehehhe... lub it



ngn clazmate i.. zura.. mcm lisdawati an muka dy


i kt melaka u all.. hehehe... bez tau


penat turun tangga... i dok kt meriam bawah ni.. ni kt melaka gak


ni kat depan dataran pahlawan... owg len g breakfast ku dok snap pic.. huhu
sbp i mam ag awal dr dorg.. hehehe.. i mam mcd..( sedap+mahal = coz i lapar sgt.. i mam bnyk)


i buat2 chomel.. heheheheh.. 

tq sbp rajin dok belek my blog.. papai




Wednesday, April 6, 2011

dah ambil MUET???

aslmkm..

dah lama dah mimi dah x tulis pape... heheheh.. busy... sowi... hari selasa lepas mimi de speaking MUET.. hehehehe... alhamdulillah.. mie dapat buat... mimi kna jd candidate A.. huhuh... soalan yg mimi dapat ialah, (mimi dh translate dh kt u al) keganasan terhadap wanita semakin meningkat, pada pendapat kamu, wanita harus bertindak untuk mengurangkan/mengelakkan masalah ini. maksudnya.. mcama mimi kena cari point macam mana mimi sebagai wanita nak atasi masalah keganasan terhadap wanita ni... mimi nervous gile time tu... tapi tahap cnfident tu tinggi.... nasib baik mimi boleh lakukan dengan sebaik mungkin.. heheheh... Alhamdulillah.. pada u all yg x ambil MUET ag.. cara u all nak bgi cnfident on dats day ialah dengan 


  •  pakai pakaian terbaik yang u all ada.. jgn pakai y ketat2.. nnt u all nervous cnfirm ley pengsan sbp x ckop pengudaraan. utk laki cuba u all pakai se'smart yg boleh..  (mesti u all ase segak ckit untuk berdepan dengan org len)

  • utk yg gurl.. cuba u all make up ckit..ckit jer.. jgn tebal2 sgt,. pada yg x penah nk make up tu, at least u all pakai bedak, blusher ckit, (x la nmpk muka kita pucat sgt sbp takot n gementar kita tu) eyeliner @ maskara..(mata yg cntik membuatkan kita berani untuk pndang candidate len) n jgn lupa.. bibir tu.. sapu la lip gloss @ lip ice ke..( bibir yg cntik akn buatkn kita nak bercakap..)

  • kalau u all kena sesi yg awal pagi.. bgun la awal2.. sbp u all kena mam juga.. walaupun ckit... @ at least u all minum air.. dapat kurangkn tekanan..

  • yg pling penting utk buatkn diri kita yakin utk berhadapan dengan org ialah, kita mesti lah bnyk2 selawat dan berdoa.. kalu usaha saja tapi x berdoa x boleh jga kn... u all jgn la asyk berdoa jer tpi x de usaha langsung untuk berjaya... Allah akn tlog hambanya yang berusaha.. 
itu jer kot.. k lah u all.. nnt bila2 mimi tmbah ag post mimi.. so, selamat mencuba!!


Monday, April 4, 2011

antara sahabat dan lelaki.. ku pilih sahabat

dear C_ _ _

sepanjang hidup aku, aku tak penah jumpa kawan yang macam dia.. dia sudi kongsi family dia dengan aku.. dia lengkapkan hidup aku.. dia dah banyak tolong aku.. sentiasa ada jika aku tengah sedih.. sentiasa buat aku senyum.. sentiasa ambil berat tentang aku.. pada aku.. dia lah kawan dunia dan akhirat aku.. tak akan ade orag yang dapat ganti tempat dia sebagai kawan aku.. walaupu aku ada kawan baik yang lain.. walaupun dengan orang lain dia kasar.. tapi dengan aku dia lemah lembut jer.. sebab dia paham aku orang yang jenis macam mana. tuhan jer yang tau betapa aku sayag sangat pada sahabat aku ni..

memang salah aku... 
aku salah sebab, tak ada dengan dia masa dia tengah kecewa dengan lelaki tu.. bukan niat i dear nak buat u macam tu.. i tak ada kredit nak call u.. bila i on9 fb u pula tak on9.. bila u on9.. i pula busy dengan assignment, test & kuiz.. im sowi dear... bukan i sengaja.. mesti u terasa hati sangat.. bukan i sengaja tak balas email u.. i dah try banyak kali nak buka email.. tapi wifi tempat i study ni terok sangat.. i lama2 i jadi lupa nak balas msg u.. im sowi sangat2.. bila i tak contact u bukannye bermaksud i dah lupakan u & tak suka kawan dengan u... maafkan i.. (TT__TT)

memang salah aku..
aku tak sangka bila aku contact lelaki tu akan buat hati sahabat aku terluka.. maafkan i.. setiap kali i contact dia... i akan sebut nama u.. bukan suruh dia benci & tinggalkan u.. tapi i nak dia fikir masak2 apa yang dia buat.. i nak dia tau yang u masih sayang kan dia.. i penah cakap pada dia.. i tak mungkin akan khianati kawan baik i & i tak mungkin akan bahagia kalau kawan baik i sendiri menderita..  dear... i sanggup menderita untuk tengok u bahagia tau.. bila tengok u bahagia.. i pon akan bahagia... bila ada kawan macam u dalam dunia ni.. i tak kisah pun kalau tak ada raja di hati i.. sebab i percaya, satu hari nanti Allah akan bagi juga pada i.. dear... i minta maaf.. i boleh rasa kesakitan yang u tengah rasa.. 

maafkan aku..
i tau.. walau banyak mana sekalipun i minta maaf.. u tak akan maafkan i.. tapi i nak u tau.. i dah cuba untuk cakap dengan u.. u tak jawab my call, dear.. i sanggup tak makan sebab i pergi top up semata-mata nak cakap dengan u.. bila u balas msg i.. i happy sangat.. tapi bila i mula baca msg u.. i tau.. u dah mula bencikan i.. demi Allah i cakap.. i tak sanggup hilang kawan macam u.. i dah banayk hutang budi & kasih dengan u.. mana mungkin i akan dapat cari sahabat macam u... mana mungkin i sanggup tukarkan dengan orang yang i x cinta.. i pernah cakap pada u dulu.. as long as i cant stop from loving M_ _ _ _ A_ _ _ _, i will never accept somebody else.. itu janji i kan... u pun tau hati i macm mana..

dear...
terpulang lah pada u.. i memang dah tak ada sesapa dah dalam dunia ni melainkan my mom, my sis, u, ur family n my beloved friend.. i dah tak ada orang lain dah... ada orang2 ni pun dah cukup membahagiakan i...memang i bahagia sangat sekarang dengan kawan2.. buat masa ni.. i tak perlukan raja  lagi bagi menerajui hidup i.. cinta i hanya untuk suami i... i harap u paham.. i dah cuba nak terangkan pada u.. tapi tak mungkin u akan dengar apa yang i akan cakap.. biarlah masa saja yang tentukan.. i tak mahu u pergi dari hidup i.. sebab hidup i tak akan pernah lengkap kalau hilang kawan yang macam u.. sebab, antara sahabat dan lelaki.. ku pilih sahabat.. 

ikhlas
-sahabat yang sentiasa menunggu kepulangan mu-
im sorry 


khas buat sahabat yang aku rindui... tc selalu.. i will always pray 4 ur epiness..

Saturday, April 2, 2011

surat buat kekasih,... (bahagian 3)

aslmkm.... awk,.. 

awak.. saya nak awak tau sesuatu yang saya dah lama impikan..

  1.  bila saya happy, saya nak ada awak kongsi kegembiraan saya..
  2.  bila saya sedih, saya nak ada awak ada dengan saya supaya saya dapat menangis di bahu awak
  3. bila saya lihat bintang di langit.. saya nak awak ade dengan saya supaya awak au cantiknye bintang2 tu dengan hadirnya diri awak di sisi saya
  4. bila saya sibuk, saya nak awak tahu yang saya sentiasa ingat awak. saya simpan awak dalam kotak hati saya agar awak sentiasa ada dengan saya
  5. bila saya lapar, saya nak awak ada tersenyum dan ada disamping saya.. supaya sakit perut saya menahan lapar hilang.
  6. bila saya tak ada semangat, saya nak awak ada dengan saya supaya saya kembali semangat .
  7. bila saya mengantuk saya nak ada ada disamping saya supaya saya dapat jadikan lengan awak sebagai bantal saya.
  8. bila saya tengah susah hati saya nak awak ada di samping saya supaya saya dapat gengam jari jemari awak supaya saya kembali tenang.
  9. bila saya cakap, saya tak pape, maksudnya saya nak awak pujuk saya.. sebab saya memang tak ok..
  10. bila saya cakap saya ok, saya nak awak cepat2 bagi saya nangis kat bahu awak sebab saya memang tengah menagis teresak-esak pada masa tu..
  11. bila saya cakap " i need u" saya betul2 maksudkan nya... saya nak awak ada dengan saya walaupun hanya melalui telefon.. sebab saya betul2 nak awak ada dengan saya..
  12. bila saya cakap saya rindu awak,.. tak ade orang yang boleh tandingi rindu saya pada awak..
  13. bila saya lihat mata awak, saya nak awak tau, saya tak mahu awak tipu saya lagi
  14. bila saya diam, itu maksudnye saya redha dengan apa yang terjadi dan saya nak awak pujuk saya dengan kadar segera.
  15. bila saya telefon awak, saya nak awak tau yang saya nak awak kembalikan senyuman saya..
  16. bila saya msg awk, saya nak awak balas sebab saya sedang tunggu awak.
  17. bila saya saya tidur, saya nak awak temankan saya agar saya selamat.
  18. bila saya terjaga dari tidur di tengah malam, saya akan cepat2 msg awak, sebab saya takut dengan gelap.. bila awak dah balas msg saya, saya dah  tak takut
  19. bila saya menyanyi, saya nak awak tau, saya tujukan lagu tu khas buat awk..
  20. bila saya termenung.. saya nak awk cepat2 sedarkan saya sebab saya sedang fikir selama mana hubungan kita akan mampu bertahan.. sebab saya tak sanggup kehilangan awak.. sebab tak kan ada orang yang akan boleh ganti tempat awk di hati saya.
  21. bila saya tulis semua ni.. saya nak awk tau yang saya rindukan awk sangat, dalam hati saya cuma ada awk dan saya tak sanggup kalau awk lukakan hati saya.

awak.. saya boleh bersabar dengan awak.. awak boleh buat apa saya yang awak suka.. tapi jangan lukakan hati saya dan apa yang saya impikan..


untuk awak jer

Rossa - Memeluk Bulan | VC Trinity he should noe waz im thingking about...

ari y bez sgt2

aslmkm suma.. hehehhe... bhgianya malam ni...hehehhe tau x npa.. mimi dh berjaya buka n edit privacy setting dlm fb... mimi nk unblock owg y mimi windu sgt... (e2 la dulu gatai sgt nk p blog owg) heheheh nsb bek Nurul Fashiehah x marah n amk ati... bez nye dpt chat alik ngn dy mlm ni... hehehhe... heaven sgt2... syg nurul sgt... she is like my sister... miz u nurul.. dh bapa ari mimi fed up ngn wifi poli ni... suka sgt nk block mcm2... akhirnya mimi dh dpt unblock dy... yayay.... hehehehhe.... i will never do dats again... hihihihihi.... 


syg nurul mcm ni.. hehehhe


ase bez sgt mlm ni sbb mimi dpt beli sepotong kek kt cafe td.. yayay... hehehhehe.... rm2 jer... nk boh pic kek tu pon mimi dh mam hbiz dh.. hehehhe,... dh lama ngidam nk mam kek... yayay.... bez2,.. k lah u al.. nk smbong study ni.. muuwah syg nurul..

double triple epines 4 me diz nite...
1) get my sibling again.. nurul fashiehah.. hoooyeee!!
2) dlm blog dy de lagu rossa.. i like rossa sgt2..
3) dpt mam kek n donat..heheheh... yam2...